ENTER-SLIDE-1-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-2-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-3-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-4-TITLE-HERE

Friday, November 12, 2010

Posted by SK DUMPAR On 10:07 AM

PELAJAR CEMERLANG 5A 2010

Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT yang telah mengatur setiap sesuatu dengan baik, tersusun dan cemerlang, sesuai dengan kata-kata "bukan senang nak capai 5A UPSR dan bukan mustahil boleh capai 5A, maka keputusan UPSR 2010, telah menunjukkan mutu pencapaian yang sangat gemilang. Berkat kesungguhan SEMUA PIHAK maka SKDM telah berada di landaan yang sepatutnya, melepasi result 2008 dan 2009 dengan memperolehi 10 orang 5A, 4 orang 4A serta 70.68% Lulus keseluruhan, telah menyuntik 'inspirasi' baru kepada Warga Pendidik SKDM. Maju terus SKDM!! Usah berlengah lagi, Jika KAU jatuh, bangun lagi!! dan jalan lagi..hingga ke garisan penamatnya.

Hj Hamim Bin Hj Lahuri
Guru Besar,
SK Dumpar, Muar
11.11.2010 @ 4 Dzulhijjah 1431


Thursday, August 26, 2010

Posted by SK DUMPAR On 11:42 AM
PROGRAM KISMAD




Keterangan Program Kismad.


• Program ini bermaksud makan kismis atau minum madu.

• Telah dimulakan di sekolah ini sejak bulan julai 2003.

• Program ini adalah merupakan program khas bagi semua murid tahun 6 UPSR.

Tintatif program ini.

• Dijalankan setiap pagi selasa hingga jumaat jam 7.00 pagi.

• Seelok-eloknya murid ada wuduk untuk keberkatan.

• Guru memberikan setiap murid dengan bilangan kismis yang ganjil mengikut hari – 5,7,9 dan 11 biji.

• Guru dan murid membaca istighfar, ayat Quran dan doa.

• Setelah berdoa, kismis akan ditiup sebanyak 3 kali untuk mengambil berkat ayat dan doa yang dibaca.

• Makan sebiji demi sebiji dengan tertib – tidak dibenarkan bercakap.

Turutan ayat-ayat yang dibaca.

• Istigfar sekali atau dalam bilangan yang ganjil.

• Membaca surah Al-Fatihah – sekali.

• Membaca surah Ar-Rahman ayat 1-4 – sekali.

• Membaca salawat biasa/fatih – sekali.

• Membaca surah Al-insirah – sekali.

• Membaca tiga Qul – sekali setiap Qul.

• Membaca Al-Fatihah – sekali.Membaca Alif Laam Mim – sekali.

• Membaca Lillahi Mafisamawatil Ardh – sekali.

• Istighfar – 3 kali atau ganjil.

• Berzikir kehadrat Allah SWT – 100 kali.

• Berdoa dan bermunajat kepada Allah.

Intisari program kismad.

Mulai jam 7:00 pagi:

• Murid berkumpul di dewan.

• Kismis dibahagikan kepada setiap murid.

• Membaca turutan ayat dan lain-lain.

• Membaca doa munajat.

Jam 7:20 -7:30 pagi

• Tazkirah & motivasi diri UPSR dan ingat mengingatkan.

• Tasbikh kifarrah/ Surah Al-As / Salawat.

• Masuk kekelas meneruskan P&P wajib.

Mengapa memilih KisMad

• Program yang berunsur 100% keagamaan – menjurus diri, minda, kekuatan fikiran, akal fikiran serta kekuatan diri yang sangat ampuh.

• Membina kekuatan rohani dan jasmani.

• Madu dan kismis merupakan dua eleman makanan yang sangat berkhasiat. Mempunyai serat protin yang amat tinggi. madu dihasilkan oleh serangga daripada pelbagai jenis bunga dan kismis sangat tinggi nilai pasaran. (Lihatlah harganya!!)

• Menyebut-nyebut nama Allah, Salawat dan Zikrullah adalah tiga elemen yang sangat penting bagi sesaorang untuk berjaya sebagai SOKONGAN BATINIAH kearah tercapai dan terserlah cita-cita sesaorang itu.

• Kesemua ayat-ayat yang dibaca adalah Ayat-ayat Allah yang pastinya ada kelebihan dan manafaatnya yang tersendiri. Oleh itu untuk mendapat keberkatannya ditegaskan mesti ada wudhu.

Siapa yang menjalankan?

• Sejak 1996 hingga kini saya sendiri yang mengetuainya.

• Guru Agama yang berkrbolehan.

• Guru-guru lain yang berminat.

• Murid yang berkebolehan dengan syarat dibimbing dan dituntun.

Penutup

Saya berkeyakinan penuh bahawa program KisMad ini memeng ada keistimewaannya yang tersendiri. buktinya telah terserlah sejak sekian lama. semoga ianya akan terus hidup bagi yang percaya dan yakin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuan Haji Hamim Bin Haji Lahuri

(Guru Besar SK Dumpar Muar)

Thursday, August 5, 2010

Posted by SK DUMPAR On 11:09 AM
SUKANEKA & PERTANDINGAN BOLA BALING SEMPENA BULAN KECERGASAN



Sukaneka & Pertandingan Bola Baling telah diadakan pada hari Selasa dan Rabu ( 3 & 4 Ogos 2010) Di antara aturcara yang telah diadakan ialah senaman Aerobik, pertandingan Bola Baling, dan Sukaneka.Acara ini telah menjadi acara tahunan bagi SK Dumpar dan ia merupakan acara sempena bulan kecergasan.

Monday, July 19, 2010

Posted by SK DUMPAR On 11:07 AM
KEM BESTARI SOLAT

Tarikh : 17 Julai 2010Hari : Sabtu
Peserta : 50 Murid Tahun 1 dan 2
Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengajar murid-murid tentang cara-cara solat dengan tertib.


MENYERTAAN KEMPEN MUAR BANDARKU BERSIH IDAMANKU

Tarikh : 17 Julai 2010
Hari : Sabtu
Peserta: 40 orang murid Tahun 5
Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar



Friday, July 2, 2010

Posted by SK DUMPAR On 3:53 PM

Kami Pelajar Sekolah Kebangsaan Dumpar Tercinta,

Belajar Usaha Maju dan Berjaya,

Amalkan Rukunegara,


Sekolah Yang Penuh Sejarah,

Sejak Dahulu Kala,

Berjasa Berbakti Kepada Pertiwi,

Sekolah Yang Kekal Abadi,

Disiplin Penuh Tata Hormat,

Kepada Guru Ibu dan Bapa

Menuntut Ilmu Dunia Akhirat,

Itulah Amalan Kami.

Monday, June 28, 2010

Posted by SK DUMPAR On 4:14 PM

Posted by SK DUMPAR On 4:10 PM
Selamat Datang ke SK Dumpar...
Bersama dalan menjana kecemerlangan SKDM